Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 16, 2012

'Laporan audit padam kerugian berbilion ringgit'


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian "berbilion ringgit" yang didakwa "hilang atau dipadamkan begitu sahaja" daripada Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Laporan audit negara kita sudah teliti, dan kita akan adakan penjelasan menyeluruh di seluruh negara kerana berbillion ringgit yang hilang (atau) yang dipadamkan begitu sahaja.

"Projek yang berkesan untuk rakyat termasuk rumah guru dan tentera yang tergendala turut diberikan kemaafan sebegitu rupa dan beberapa bukti yang lain," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen petang ini.

Laporan audit berkenaan dibentangkan di parlimen semalam – dua minggu selepas pembentangan belanjawan 2013.

Kelewatan itu sekali lagi menerima kritikan keras daripada pemimpin Pakatan memandangkan tindakan sama dilakukan tahun lalu.

Sedangkan, laporan berkenaan dibentangkan bersama dengan belanjawan seperti amalan sebelum ini.

MK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive