Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Oktober 19, 2012

HUKUM ORANG YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI SETELAH CUKUP SYARAT WAJIBNYA


Bagi orang yang telah cukup syarat-syarat wajib haji tetapi tidak segera menunaikannya tiba-tiba dia meninggal dunia, maka sangatlah besarlah dosanya, kerana boleh menyebabkan dia mati sebagi seorang Nasrani dan Yahudi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji,maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai yahudi atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah". (Riwayat - Turmizi)

HAJI DAN UMRAH KANAK-KANAK

Haji dan Umrah yang dikerjakan oleh kanak-kanak (yang belum akil baligh atau cukup umur) hukumnya adalah sunat sahaja dan wajiblah dikerjakan sekali lagi apabila baligh nanti. Sebagaimana dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabi s.a.w bersabda "Siapa dari kanak-kanak mengerjakan haji, maka apabila dia cukup umur, wajiblah dia mengerjakan haji sekali lagi". (Riwayat - At - Tabarani)

HAJI BAGI WANITA

Seperti lelaki, wanita juga wajib menunaikan fardhu haji jika cukup syarat-syarat wajibnya seperti yang telah disebutkan dahulu. Tetapi ada syarat tambahan bagi wanita yang hendak menunaikan fardu haji iaitu:-

Hendaklah ditemani oleh suaminya atau muhrimnya (iaitu orang haram nikah dengannya), atau dengan sekurang-kurangnya tiga orang perempuan yang boleh dipercayai dan;
Dengan izin suami atau walinya. Berhubung dengan larangan pergi haji bagi wanita tanpa muhrim ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya Nabi, s.a.w bersabda: "Janganlah seseorang perempuan pergi musafir kecuali beserta muhrimnya, janganlah seseorang lelaki mendatangi perempuan kecuali perempuan itu berada dengan muhrimnya". Lalu seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w. " Ya Rasulullah, saya hendak pergi berperang tetapi isteri saya hendak pergi menunaikan fardhu haji" Nabi s.a.w. menjawab, " Pergilah haji bersama isterimu" (Riwayat - Bukhari) Disyaratkan bagi lelaki yang menemankan perempuan itu, dan hendaklah jangan berada jauh dari perempuan itu supaya diketahui orang bahawa lelaki itu menemani dan menjaganya. Jika tidak ada lelaki menemankan perempuan itu, maka memadai juga ditemani oleh tiga orang perempuan yang boleh dipercayai.

HUKUM MENYEGERAKAN HAJI

Mengenai hukum segera menunaikan fardhu haji setelah cukup syarat-syarat wajib haji, menurut Imam Syafie adalah sunat iaitu tidaklah berdosa menangguhkannya asalkan sahaja ditunaikan pada sebarang waktu sebelum meninggal dunia. Dalil atau alasan yang diberikan ialah fardhu haji itu telah diwajibkan pada tahun ke enam selepas hijrah, tetapi Nabi s.a.w menangguhkan pelaksanaan haji hinggalah pada tahun kesepuluh, barulah Nabi s.a.w bersama-sama para sahabat pergi menunaikan fardhu haji, walaupun mereka telah berkuasa pergi pada tahun ketujuh, kelapan atau kesembilan. Sekiranya wajib dikerjakan segera sudah tentulah Nabi s.a.w tidak akan menangguhkannya.

al-azim

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive