Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Jun 29, 2014

LAWAK AHAD: JAM TAK JALAN



Kisah ini terjadi kira-kira 50 tahun yang lalu dimana pada waktu itu Malaysia baru sahaja mencapai kemerdekaan dari pihak British walaupun terdapat seorang professor kangkung berkata Tanah Melayu tak pernah dijajah.

Walaupun Malaysia telah menjadi sebuah negara yang merdeka, saki baki tentera komunis masih lagi wujud dan berkeliaran di dalam hutan. ATM giat menjalankan operasi memburu saki baki komunis tersebut dengan dibantu penduduk orang asli yang tinggal di kawasan pendalaman.

Sehinggalah pada satu ketika, sekumpulan orang asli di satu kampung di Pahang telah berjaya menangkap beberapa orang komunis dan hasil kejayaan mereka pihak ATM telah menghadiahkan sebuah jam dinding kepada ketua orang asli kampung tersebut sebagai penghargaan dan untuk kegunaan penduduk kampung bagi menentukan waktu.

Ketua orang asli kampung tersebut telah menggantung jam itu dihadapan rumahnya supaya semua orang asli di kampung itu dapat melihat jam tersebut beramai-ramai. Mereka berasa hairan dan pelik melihat jam dinding yang di gantung di hadapan rumah ketua orang asli kampung tersebut kerana sepanjang hidup mereka, mereka langsung tidak pernah melihat sebuah jam. Ini menyebabkan ketua orang asli kampung tersebut berasa bangga kerana setiap hari pasti halaman depan rumahnya dipenuhi orang yang ingin melihat jam tersebut dan ada yang sanggup duduk seharian di situ semata-mata ingin melihat jam tersebut.

Setelah sebulan jam itu digantung dihadapan rumah ketua orang asli kampung tersebut tiba-tiba jam itu berhenti bergerak. Lalu kecohlah satu kampung seolah-olah ada perkara besar yang telah berlaku. Semua orang asli yang melihat jam tersebut semakin hairan dan pelik kerana sebelum ini mereka melihat jam tersebut bergerak dan hari ini jam tersebut telah berhenti. Ada juga di antara orang asli kampung tersebut yang berkata jam itu telah mati dan tidak bernyawa lagi namun ianya disangkal oleh ketua orang asli kampung tersebut.

Oleh kerana ingin menunjukkan kehebatannya, ketua orang asli kampung tersebut telah mengambil jam tersebut dan membelek-belek tanpa tahu apa yang perlu dibuat. Tiba-tiba jari kelingkingnya telah terkuis bateri yang ada pada jam tersebut dan bateri tersebut jatuh ke lantai. Beliau melihat tempat letak bateri jam tersebut dan ternampak seekor cicak yang telah mati akibat tersepit. Lalu dengan bangganya ketua orang asli kampung tersebut pun berkata…

“Patut la tak jalan…drebarnya dah mati tersepit…..!”


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive