Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 12, 2011

Alamat di Sabak Bernam, mengundi di Sepang?


KUALA LUMPUR: Seramai 1,088 pengundi terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat di Sabak Bernam dipindahkan secara senyap-senyap ke tempat lain termasuk kawasan sejauh Sepang, kata Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrul Amin Bahrom.
Beliau berkata, perbuatan sedemikian dikesan sejak Januari lalu dipercayai sebagai sebahagian strategi politik jahat Umno Barisan Nasional (BN) dengan memperalatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Katanya, beliau sudah tiga kali menemui SPR mengadu hal berkenaan tapi tiada alasan kukuh diberi, apatah lagi tindakan dilakukan bagi membetulkan semula keadaan.
“Walaupun 1,088 pengundi Sabak Bernam dipindahkan ke kawasan lain, kita dapati jumlah pengundi tidak berkurangan kerana pengundi di kalangan pro-Pakatan dari kawasan lain pula dipindahkan ke Sabak Bernam.
“Ini bertujuan untuk menyusahkan pengundi yang sokong Pakatan. Kalau 1,000 penyokong Pakatan menetap di Sabak Bernam tetapi diarah mengundi di Sepang, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja yang akan mengundi kerana tempat mengundi terlalu jauh.
“Ini akan menjejaskan undi untuk Pakatan. Ini permainan Umno BN untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bantuan SPR. Namun, perbuatan ini tak ubah seperti memperbodoh-bodohkan pengundi,” katanya kepada KeadilanDaily.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pengundi khususnya penyokong Pakatan Rakyat supaya membuat semakan kawasan mengundi dan membuat bantahan jika mereka ditukar kawasan mengundi tanpa alasan munasabah.
“Ini penting bagi mengelakkan suasana kelam kabut pada hari pengundian,” katanya.

keadilandaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive