Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Disember 11, 2010

Surat Terbuka Ke 2 Mat Zain Dakwa Peguam Negara Palsukan Laporan Suruhanjaya Di Raja



SHAH ALAM 10 DIS : Mantan Pegawai Kanan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat keduanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menegaskan untuk mendakwa bahawa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail terlibat secara langsung dalam menyorok dan memalsukan dokumen berhubung kes mata lebam, mantan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang merujuk kepada jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 2 Disember lalu berkata pendirian PDRM dalam menyediakan jawapan tersebut jauh berbeza, malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden tersebut.

"Wajar saya tegaskan, pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan “without fear or favour; leaving no stone unturned;and to get it over with as soon as possible” dan tidak ada sebarang “cover-up” untuk sesiapa pun.

"Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderung kepada melindungi orang-orang tertentu," katanya.

Ujarnya, pada ketika penyiasatan kes tersebut, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika di tangan Peguam Negara dan pihaknya terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.

"Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah “dihilangkan” sementara, selama lebih kurang 3 minggu (di antara 30 Oktober 1998 hingga 20 November 1998)

"Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ia tersorok lama di Jabatan Peguam Negara.

Mat Zain kemudiannya menegaskan beliau turut merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identiti individu dan maklumat penting yang diterima berkaitan siasatan kes itu.

"Selain daripada diari penyiasatan tersebut, saya telah menyediakan ringkasan bukti-bukti (summary of evidence) dalam minit-minit bertarikh 15 sehingga 29 Oktober 1998 dan 27 Januari 1999 yang dijadikan sebahagian daripada diari itu.

"Kesemuanya saya edarkan mengikut prosedur edaran kertas siasatan, kepada Peguam Negara dan jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar,sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.

Menurutnya, Gani telah memainkan peranannya di belakang tabir untuk cuba “membetulkan” keadaan apabila doktor pakar Hospital Kuala Lumpur, Dr Rahman Yusof merayu kepada pembantu-pembantunya bagi memasukkan laporan ketiga bagi mengimbangkan laporan pertama bertarikh 26 Oktober 1998 dan laporan kedua yang diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri Mokthar Abdullah ,yang dipercayai disediakan di antara 14 hingga 21 Disember 1998 tetapi ditolak.

"Saya mendapati pendedahan dalam prosiding ini telah membuat Mokhtar merasa cemas, diberitakan beliau tidak tahu Gani telah lebih awal melantik Dr Rahman menyediakan laporan yang pertama.

"Mokhtar juga dikatakan tidak diberitahu mengenai latar belakang Dr Rahman seperti mana yang saya telah jelaskan kepada Gani.

"Saya turut percaya sekiranya Allahyarham Mokthar Abdullah diberitahu mengenai kedua perkara ini,tidak mungkin beliau akan melantik Dr Rahman buat kali kedua oleh kerana sebarang pemalsuan yang dilakukan akan mudah dikesan kerana semua aktiviti siasatan ini dirakamkan secara ketat oleh pasukan penyiasat.

Apa yang memeranjatkan ujar beliau, setelah laporan itu lengkap dicetak dan dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong, dan diisytiharkan sebagai dokumen awam, didapati laporan Dr Rahman yang diarahkan oleh Gani tidak dimasukkan sementara yang diarahkan oleh Mokhtar pula terkandung dalam laporan tersebut.

Tambah Mat Zain, apa yang paling membimbangkan adalah laporan Suruhanjaya Di Raja yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong ketika itu telah dimanipulasikan maka bayangkanlah apa yang boleh dilakukan terhadap rekod siasatan melibatkan rakyat biasa.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive