Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 16, 2010

Kumpulan Facebook Anti-Menara Warisan Anjur Jamuan Kek


KUALA LUMPUR 15 NOV : Pengendali laman web Facebook Anti-menara warisan yang mensasarkan sejuta ahli akan mengadakan sambutan sebulan laman facebook berkenaan diasaskan dengan mengadakan sesi makan kek.

Pengendali laman web facebook terbabit dalam satu catatannya, menggesa penyokong laman anti-warisan supaya berkumpul di lima lokasi di seluruh Malaysia untuk jamuan makan kek bagi menyambut genap sebulan laman tersebut diasaskan.

Laman web facebook berkenaan diasaskan bagi membantah cadangan pembinaan menara 100 tingkat oleh kerajaan persekutuan bernilai RM5 bilion yang akan dibina oleh Pelaburan Nasional Berhad (PNB) di tapak terletaknya Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

"Kita mengadakan sambutan ini kerana rakyat biasa di negara ini, yakni bukan ahli NGO ataupun ahli politik kerana buat julung kalinya kita telah menganjurkan secara beramai-ramai laman ini yang dianggap sebagai hak bersuara untuk membantah sepenuhnya projek mega yang tidak popular ini.

Ini bukan projek mega pertama, tetapi ini adalah buat kali pertama sesuatu projek mega menghadapi bantahan yang teratur pelbagai kaum. Mulai hari ini, tiada lagi sebarang projek mega akan dibina sewenang-wenangnya bertentangan dengan pendapat umum...kerana itu,kita meraikan saat berkenaan," tulis pengendali laman terbabit yang tidak dikenali.

Lima lokasi yang dikenalpasti oleh pengendali laman terbabit adalah taman pancuran air KLCC dan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur, Dataran Speaker di Esplanade Pulau Pinang, Coffee Bean di Wisma Merdeka, Kota Kinabalu, restoran Secret Recipe di Lunas, Kedah dan restoran Mcdonald di Kampar.

Peserta dijangka akan berkumpul di lokasi terbabit selama dua jam sambil berkenalan sesama mereka dan membeli sepotong kek sebagai simbol bantahan kepada menara warisan berkenaan.

Dalam pada itu, pengendali laman anti-warisan terbabit yang juga menyedari aktiviti berkenaan akan 'dipantau' oleh kerajaan yang melihatnya sebagai aktiviti 'anti-kerajaan' memberi jaminan kepada peserta yang bakal hadir bahawa acara berkenaan tidak menyalahi undang-undang.

"Bukan menjadi kesalahan untuk memakan kek di tempat awam, bagi mereka yang musykil, atau bimbang diganggu oleh polis, jangan teragak-agak untuk hubungi Majlis Peguam," tulis pengendali laman web itu lagi.

Beliau juga menetapkan lima garis panduan untuk dipatuhi ketika menghadiri sambutan berkenaan iaitu, memastikan sesuatu kumpulan tidak diketuai oleh seseorang pemimpin kumpulan, tidak membawa sebarang kain rentang namkun plakad bersaiz A4 dibenarkan, tiada sebarang laungan slogan, digalakkan membawa perlatan perakam video dan audio dan senantiasa mengemaskini perkembangan di laman facebook bagi membolehkan media mengikuti perkembangan majlis berkenaan.

Laman Facebook "Sejuta Rakyat Tolak Menara 100 Tingkat' diwujudkan sejurus selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rancangan pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat

Setakat ini, hampir 250,000 pengunjung web berkenaan telah memberikan kata "ya' menyokong bantahan pembinaan menara berkenaan dan mencetuskan perbincangan hangat isu mengenai menara terbabit sehingga kepada isuu pentadbiran yang telus.

Pelbagai pihak yang membantah pembinaan menara berkenaan menyifatkan ianya suatu pembaziran dan kos pembinaannya adalah lebih baik jika disalurkan kepada kebajikan, pendidikan dan menambahbaik pengangkutan awam.

Pembinaan menara Warisan Merdeka terbabit dijangka dimulakan tahun depan oleh syarikat milik kerajaan, PNB dan dijangka menelan belanja RM5 bilion.

tvs


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive