Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 11, 2010

Kenaikan Tarif Air Keputusan Kabinet, Bukan Negeri


ALOR SETAR 10 OKT : Kenaikan tarif air adalah keputusan Kabinet dan bukannya kerajaan negeri tetapi media arus perdana memberi gambaran salah dalam hal berkenaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S Manikumar.
"Yang ni semua diputuskan di peringkat Kabinet, lepas itu diturunkan kepada semua negeri di Malaysia. Cuma kenapa negeri Pakatan Rakyat diminta buat dulu?" katanya kepada TV Selangor, hari ini.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak cuba memutar belit fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus.
Sehubungan itu, Manikumar meminta rakyat Kedah supaya bersabar kerana pembekalan air melibatkan pelbagai agensi di peringkat persekutuan dan tiada jurisdisi kerajaan negeri.
"Saya ingat rakyat perlu bersabar sedikit, kita nak tgk hal ini dan kaji semula kerana melibatkan banyak entiti-entiti seperti SPAN, PAAD dan akta 155 dan 156 dan kita tak boleh buat sewenang-wenangnya,"kata beliau.
Dalam pada itu, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata beliau tidak mengetahui berlaku kekecohan di Pejabat Menteri Besar hari ini, sebagaimana laporan Bernama yang menerbitkan berita demontrasi sekumpulan pihak yang didakwa ahli Pas di pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini.
"Tak taulah, pejabat saya dekat dengan pejabat menteri besar tapi saya tak dengar apa-apa pun," kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah itu.
Isa berkata kenaikan tarif air itu berlaku kerana Syarikat Pembekalan Air Kedah (KADA) tidak lagi memegang monopoli pembekalan air tetapi diurus Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pembekalan Aset Air Berhad (PAAD).
"Kerajaan Negeri tidak pernah berniat menaikkan tarif air dari awal tapi keadaan memaksa.
"Kenaikan air mahu diselaraskan di seluruh negara dan lima negeri iaitu Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menjadi negeri yang awal. Jadi nasib tak baiklah sebab kita kena umum dahulu," kata beliau.

(Radzi Razak)
tvs

1 ulasan:

  1. isu air ini ia perlu dikaji semula....tak perlu untk cpt melentg......mugkn ada sbb yg kukh np berlaku begitu....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive