Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 11, 2010

Vuvuzela sambut tetamu dunia



2010/06/11

HARI INI Afrika Selatan akan mula membentangkan permaidani merah untuk menyambut 32 pasukan terbaik dunia serta penyokong masing-masing apabila Piala Dunia akan membuat sepak mula di stadium baru di Johannesburg, Soccer City yang bakal gamat dengan tiupan Vuvuzola.

Ketika tuan rumah bertemu Mexico pada perlawanan pembukaan, ia juga boleh dianggap sebagai salah satu saat paling membanggakan buat warga Afrika.

Ketika ini, demam Piala Dunia sudah melanda sembilan wilayah Afrika Selatan yang akan menjadi tuan rumah kepada puluhan perlawanan yang dianggap sebagai sukan paling utama di dunia.

Tahap keceriaan yang dapat dilihat di setiap pelosok Afrika Selatan juga meningkat 10 kali ganda ketika rakyat mereka menyifatkan apa yang bakal berlaku dalam beberapa hari ini sebagai keajaiban kedua - yang pertama ialah ketika Afrika Selatan berjaya bergelar negara demokrasi.

Pergilah ke mana saja di sekitar Afrika Selatan dan apa yang anda bakal saksikan ialah bendera kebangsaan mereka digantung tinggi dan setiap satu daripada tiga kereta rakyat mereka, pasti dilekatkan dengan bendera.

"Memang menyeronokkan. Saya rasa setiap rakyat Afrika Selatan bersatu menerusi satu impian iaitu mahu menjadikan Piala Dunia sebagai kejayaan bersama," kata James Straider, seorang penduduk di Johannesburg.
"Setiap kali saya melihat ke arah tempoh bermulanya Piala Dunia, saya merasa semakin seronok dan itu mungkin disebabkan kegembiraan yang amat sangat."

John Smit, kapten pasukan ragbi kebangsaan Afrika Selatan pada Piala Dunia Ragbi 2007, berkata: "Kami pernah melihat beberapa senario yang unik di negara kami sebelum ini tetapi ia tidak sama dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Kami akan mengikuti perkembangan Bafana Bafana dan kami berdoa supaya Aaron Mokoena serta semua pemain akan berjaya," kata Smit.


Salah seorang penyokong yang dianggap paling popular dan terkenal, 'Machaka' mengharapkan skuad Afrika Selatan akan membanggakan rakyat negara mereka.

"Sudah tentu saya akan menyokong Bafana, walaupun saya turut meminati negara lain. Bagi kami, adalah penting bagi Afrika Selatan untuk mengetepikan sementara apa saja perbezaan di antara kami seketika dan memastikan kejohanan ini berjaya.

"Banyak yang sudah diperkatakan mengenai negara kami termasuk daripada segi kemampuan kami selaku tuan rumah dan sebagainya. Tetapi kini kami benar-benar gembira," katanya yang sering dilihat dalam gaya yang cukup ranggi ketika berada di stadium.

Banyak yang diperkatakan mengenai Afrika Selatan atau 'Rainbow Nation' itu termasuklah dasar perkauman serta perhambaan yang sering diamalkan suatu masa dulu.

Kini, pasukan yang dikendalikan jurulatih dari Brazil, Carlos Alberto Parreira itu sudah mencapai pelbagai kejayaan termasuk pernah menang ke atas pasukan yang jauh lebih baik seperti Colombia dan Denmark.

Bagi pasukan yang diwarnai pelbagai warna sepanjang sejarah penubuhan mereka, kejayaan seperti itu membuahkan kepercayaan yang bukan kepalang daripada rakyat mereka yang semakin yakin bahawa Bafana Bafana akan mampu melangkah jauh walaupun diletakkan dalam Kumpulan A yang turut dihuni Perancis, Uruguay dan Mexico.

Bagi pasukan tuan rumah, keghairahan penyokong mereka terbukti apabila beribu-ribu membanjiri jalanan di Johannesburg kelmarin sambil menari dan berteriak memanggil nama-nama pemain pujaan mereka ketika demam Piala Dunia semakin memuncak.

Menyarung jersi berwarna kuning, skaf dan topi serta meniup vuzuzela, penyokong pelbagai kalangan usia menyertai perarakan di jalanan untuk menyokong pasukan mereka yang dikatakan membantu menyatukan negara itu yang masih terpisah 16 tahun selepas berakhirnya dasar aparteid.

Malah Presiden Jacob Zuma berkata acara bola sepak terulung itu, yang pertama diadakan di benua itu, menyatukan Afrika Selatan seperti kejayaan Piala Dunia Ragbi 1995 yang membantu memecah sempadan perkauman dan akan meninggalkan kesan mendalam buat beberapa dekad akan datang.

Kelmarin juga menyaksikan pasukan juara dunia, Itali tampil sebagai pasukan paling akhir tiba bagi menyertai temasya bola sepak selama sebulan itu.

Kapal terbang yang disewa khas dinaiki pemain dan pegawai pasukan Itali itu mendarat di lapangan terbang Johannesburg kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan selepas penerbangan selama sembilan setengah jam dari Milan.

Sementara itu, 97 peratus daripada tiket Piala Dunia sudah dijual dan penganjur menjangkakan akan menjual lebih 98 peratus daripada lebih 3 juta tiket ditawarkan.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengeluarkan angka dua hari sebelum perlawanan pembukaan menunjukkan 135,000 daripada 3.01 juta tiket masih belum dijual.

Bintang pop Colombia, Shakira pula menghabiskan masa mengajar kanak-kanak menari mengikut rentak lagu rasmi Piala Dunia "Waka Waka" di Soweto, bandar yang paling ramai dihuni kaum kulit hitam di Afrika Selatan.

Penyanyi-penulis lirik yang memenangi anugerah Grammy itu, menyertai bintang muzik lain termasuk Black Eyes Peas dan Alicia Keys menyertai satu konsert semalam, sehari sebelum bermulanya Piala Dunia pertama di bumi Afrika.

Shakira, duta muhibah Tabung Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef), melawat Sekolah Rendah Isu'lihle di Soweto sebagai sebahagian daripada kerja amalnya yang menonjolkan pentingnya pelajaran buat kanak-kanak.

hmetro



Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive