Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 24, 2010

Umno-BN Membisu Apabila Berdepan Isu Moral

Oleh Sidiqin Omar


BUKIT KATIL 23 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan usul dan kaedah dakwah semasa perlulah dilakukan dengan cara yang berhemah bagi memudahkan masyarakat untuk memahami dan menerima syariat Islam.
Anwar dalam tazkirah di Markaz PAS Kampung Paya Dalam, Ayer Molek malam tadi menekankan kepentingan proses tarbiah sebagai benteng kekuatan rohani dan akidah bagi menghadapi cabaran.
Beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya pengkhianatan dan pembelotan dalam perjuangan, namun dengan kekuatan akidah segala umpan dan habuan lumayan akan berjaya diatasi.
"Antara contoh terbesar kejayaan dakwah Islamiyah ialah pengIslaman Pulau Jawa oleh Wali Songo. Mereka gunakan kaedah budaya dan sentimen tempatan untuk menyampaikan ajaran Islam. Jadi dalam konteks masyarakat Melayu di Malaysia, kita perlu sesuaikan maksud yang ingin disampaikan dengan keperluan," kata Anwar.
Dalam siri lawatan kerja satu hari ke Melaka beliau turut diundang ke program Ceramah Perdana di Markaz PAS Kawasan Masjid Tanah.
Turut hadir termasuk Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Tamrin Ghafar.
Dalam pidato umumnya malam tadi, Anwar mengingatkan kepada hadirin bahawa sikap curiga melampau orang Melayu perlu dikikis terutamanya terhadap pentadbiran di negeri Pakatan Rakyat.
Beliau mendedahkan perbezaan ketara polisi pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang berbanding Umno-BN sebelum ini.
Antaranya mengenai peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diberikan untuk membina makmal sains yang sebelum ini dihalang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
"Zaman BN perintah, hanya RM12 juta diperuntukkan untuk Majlis Agama Islam. Tapi bila Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, ia ditambah kepada RM24 juta. Adakah ini dikatakan anti Islam? Saya yakin orang Melaka tentu tahu menilainya," kata Anwar.
Beliau menyelar sikap pimpinan Umno-BN yang melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan dalam masa yang sama bersikap hipokrit dengan mengelak memberikan jawapan apabila berhadapan dengan bukti yang dikemukakan oleh beliau.
"Mereka kononnya mengakui sebagai pembela Melayu-Islam, tetapi bila lesen judi diluluskan, tak ada siapa yang bangun membantah. Mereka tohmah pemimpin Pakatan Rakyat rendah moral, tapi membisu bila pemimpin mereka beli syarikat arak," katanya lagi.
Anwar menjelaskan bahawa sikap dan pendiriannya terhadap perkara berkaitan hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam adalah konsisten. Pemimpin Pakatan Rakyat turut berikrar untuk memperkukuhkan institusi tersebut seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
"Kita tidak kompromi tentang hal itu. Walaupun dalam Pakatan Rakyat terdiri dari pelbagai bangsa dan kepercayaan, ia tidak melunturkan identiti kita sebagai orang Melayu dan orang Islam," jelas beliau lagi.

SK


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive