Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 19, 2010

Tanpa Ejen Pengundian Pos,Sibu Milik BN ?




Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Ejen pengundian pos khususnya daripada semenanjung telah banyak menggangu kerja-kerja pembukaan & pengiraan undi pos. Suka saya jelaskan di sini, kami petugas PR menjadi ejen pengundian pos yang ditugaskan untuk membantah sebarang manipulasi undi pos. Saya dilantik oleh calon yang sah untuk membantah mana-mana kertas undi yang mencurigakan.

Jika kami tidak menjaga proses-proses dalam undi pos maka :

a. Ejen pengundian pos tidak dapat mengawal kemasukkan 190 undi yang berkemungkinan telah dijual kepada pihak luar.

b. Ejen pengundian pos tidak dapat membantah 208 undi yang mencurigakan.

c. Ejen pengundian pos tidak dapat mengawal pendaftaran petugas SPR menjadi pengundi pos secara berleluasa. Jumlah petugas SPR 290. Walaupun dikawal tetapi masih terdapat seorang petugas SPR yang tidak sah bernama Justin Leo B. Lewis 540131-13-5063. Saya yakin jika ejen pengundian pos tiada maka angka petugas SPR yang didaftarkan mungkin meningkat. Mungkin menjadi 400 orang.

Oleh itu mari kita jumlahkan :

a. Halang kemasukkan undi petugas SPR yang mencurigakan : 190
b. Bantahan terhadap kertas undi mencurigakan : 208
c. Kemungkinan tambahan petugas SPR : 110

Jumlah 508

Jika 82 % menyokong BN maka BN akan mendapat tambahan 416 undi. BN akan memenangi PRK Sibu dengan mejoriti 416-398 = 18 undi.

Mungkinkah tanpa ejen pengundian pos Sibu akan jadi milik BN ? Jawaplah rakyat Malaysia.

kentong-suhaizan.blogspot.com


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive