Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 03, 2010

Polis Langgar Perlembagaan Ganggu Himpunan Hari Pekerja



KUALA LUMPUR 2 Mei - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengutuk tindakan polis kerana menahan enam orang serta mengganggu perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sempena Hari Pekerja Sedunia.
Mereka yang ditahan semalam termasuk Sundarajan, Shanmuganathan, Mohan dan Murugan dari Parti Sosialis Malaysia, Chuah Siew Eng dari Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), dan seorang remaja berusia 17 tahun, Barathi.
Kesemua mereka dibebaskan tanpa tuduhan dan dikehendaki melaporkan diri pada 14 April.
Yap Heng Lung, penyelaras Suaram dalam kenyataannya, menyelar tindakan polis menghalang perhimpunan aman yang dijadualkan di Dataran Merdeka menyebabkan penganjur terpaksa mengubah lokasi program ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
Polis turut memberhentikan lima buah bas yang membawa peserta himpunan dari Perak di plaza tol Jalan Duta.
"Kami kesal dengan tindakan polis yang menangkap, mengganggu perhimpunan aman dan menahan kenderaan dari memasuki pusat bandar secara jelas melanggar hak kebebasan bersuara, berekspresi dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia", ulasnya.
Beliau menggesa pihak polis untuk bersikap neutral dan berlaku adil kepada semua pihak kerana terdapat kes terpilih dimana polis berkompromi dan membenarkan perhimpunan diadakan.
Perhimpunan Hari Pekerja merupakan perayaan yang disambut diseluruh dunia dan turut diraikan golongan pekerja di Malaysia.
Selain itu terdapat kes-kes yang melibatkan polis antaranya kematian dalam tahanan dan tembakan rambang yang menyebabkan kematian.
Kata Yap kerajaan sepatutnya memantau disiplin polis bagi mengelakkan pengabaian hak berperlembagaan dan pematuhan kepada piawaian antarabangsa tentang hak asasi manusia.
Kerajaan Malaysia kelihatan gagal untuk membawa pembaharuan kepada institusi kepolisian.
Berdasarkan isu terkini yang melanda negara, Suaram terpanggil dan mendesak agar disegerakan pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan pemerkasaan Suruhanjaya Hak Asasi (Suhakam), dua badan yang ditubuhkan kerajaan bagi memastikan pematuhan kepada standard hak asasi manusia dalam prosedur dan amalan polis.
"Polis wajib menghormati hak-hak warganegara yang termaktub di dalam Perlembagaan, dan bersikap adil kepada semua rakyat Malaysia", jelasnya.

SK

Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive