Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 13, 2010

PAS janji kejutan pada 28 Mei



PAS kawasan Alor Star menjangkakan lebih ramai lagi ahli akar umbi Umno di situ akan keluar parti menyertai PAS menjelang 28 Mei ini.

Ketua penerangan PAS kawasan berkenaan, Zulkifli Yahaya menjangka kira-kira 23 ahli Umno di Taman Wira Mergong - yang terletak dalam bahagian Alor Star - akan menyertai parti itu pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada mereka itu ahli biasa atau memegang jawatan terpenting dalam Umno.

Katanya, mereka bakal menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada ADUN Alor Mengkudu - yang merupakan ADUN angkat bagi kawasan Mergong.

"Kebanyakan mereka adalah dari kalangan ahli Pemuda (Umno) di taman itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau mendakwa kebanyakan mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno di Kedah.

Umno bahagian Alor Star diketuai oleh Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah.

Zulkifli berkata blog pro-PAS - Kedahlanie - turut menyiarkan perkara itu.

Sebelum ini, 65 ahli Umno dari Taman Wira Mergong telah menyertai PAS Mac lalu.

Ia diikuti oleh 55kedah umno pas ahli Umno dari DUN Alor Mengkudu yang bertindak keluar parti dan menyertai PAS.

"Tunggu, kita tak mahu umum awal. Nanti depa (mereka) lari kacau pulak," kata Zulkifli lagi.

PAS Alor Star setakat ini mempunyai 50 cawangan - bertambah lapan cawangan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

malaysiakini


Share

4 ulasan:

  1. kalau ramai2 lagi penyokong umno dari kedah masok pas masoklah tak jadi kudis pun masok lah parti melacurkan agama

    BalasPadam
  2. bagus gak tu. kalo tak tentu banyak lagi tanah melayu jatuh kat cina seperti pulau pinang. dulu tu bn gak yang memerintah.

    BalasPadam
  3. Sesiapa yang berketurunan daaki warna biru tolong jangan komen kuat sangat.....nanti tersesat payah....tetapi kalau dah nak sangat sesat lantak pi lah...tapi janhan menyesatkan orang lain...lagi parah.

    BalasPadam
  4. biar betul... jangan pas lak yg terkejut, yb zul nordin dah hint ada adun/mp pakatan yg nak melompat yg memungkinkan 1 lagi negeri dibawah PR dirampas.... harap kerajaan kedah segera bertindak.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive