Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 12, 2010

Kit Siang Mahu Bawa Usul Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Penyusupan Perisik Israel

Kit Siang Mahu Bawa Usul Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Penyusupan Perisik Israel
SHAH ALAM 11 APR: Lim Kit Siang akan membawa usul tergempar di Dewan Rakyat esok bagi mendesak kerajaan membentuk suruhanjaya diraja menyiasat pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penyusupan perisik Israel di Bukit Aman.

Mengikut blog beliau, Ahli Parlimen Ipoh Timor itu berkata, suruhanjaya diraja berkenaan perlu bagi menggantikan empat pendekatan siasatan yang dicadang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Saya akan membawa usul tergempar kepada Speaker esok untuk membahaskan pembentukan sebuah suruhanjaya diraja siasatan bagi membuat siasatan menyeluruh dalam menentukan sama ada ejen Israel bertapak di Bukit Aman.

"Suruhanjaya berkenaan sepatutnya menggantikan empat siasatan bertindih yang diumumkan Hishammuddin,” kata Penasihat DAP itu, hari ini.

Kelmarin, Hishammuddin meminta Jawatankuasa Pemilihan Parlimen menyiasat pendedahan dan mengarahkan pegawai khasnya membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat tuduhan itu.

Ia berikutan pendedahan Ketua Pembangkang pada perbahasan di Dewan Rakyat mengenai penyusupan perisik Israel di Bukit Aman yang mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Anwar mendakwa beliau mempunyai dokumen sebagai bukti untuk mengesahkan bahawa ejen perisik berkenaan mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui sebuah syarikat pengkomputeran.

tvs






KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive