Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 02, 2010

Najib Promosi Pertumbuhan Ekonomi "Palsu"

SHAH ALAM 1 Mac - Jangkaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 5 peratus pada 2010 dianggap satu penipuan "terang-terangan" kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat.
Malah pengumunan Najib itu hanyalah usaha berterusan beliau untuk memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia tegas Abdul Razak Ismail Pengerusi Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat PakatanRakyat Negeri Selangor (SELPROA).
Abdul Razak berkata realiti ekonomi bertentangan dengan gambaran manis yang cuba ditonjolkan oleh Najib melihat kepada kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan yang menyatakan jumlah penganggur di Malaysia daripada Oktober 2008 sehingga Disember 2009 lepas mencatatkan seramai 36,000 orang atau 3.6 peratus daripada jumlah penduduk negara.
"Kita berpendapat Najib tidak bersikap jujur dan telah memutarbelitkan fakta.
"Hakikatnya ekonomi kita masih belum pulih terutamanya sektor perkilangan yang terjejas teruk ekoran kekurangan eksport kerana kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat pada 2008.
"Kadar penggangguran kita besar kemungkinan menyamai jumlah yang dicatatkan pada krisis ekonomi Asia 1997.
"Akibat krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat ramai pekerja sektor perkilangan elektronik, pembuatan dan perkhidmatan diberhentikan kerja secara sementara manakala syarikat tempatan terpaksa mengurangkan pengeluaran kerana permintaan yang merosot.
Abdul Razak berpendapat kempen Umno-BN menonjol-nonjolkan 40 orang terkaya bertaraf "billionnaire" di Malaysia termasuk adik Najib sendiri merupakan tindakan "damage control" bagi mengalihkan pandangan rakyat terhadap kegagalan Najib memulihkan ekonomi negara.
suara-keadilan





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive