Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 02, 2010

Laporan Dr Shahidan Tidak Lengkap


SHAH ALAM 1 Mac - Siasatan tidak lengkap laporan bedah siasat Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar membuatkan peguam Gobind Deo berpendapat keputusan yang dikeluarkan Dr Shahidan Mohd Noor juga tidak lengkap untuk digunakan dalam mahkamah.
Gobind berkata apabila disoal mengenai siasatan yang dilakukan, Dr Shahidan gagal menjawab soalan yang diajukan membuatkan peguam yang hadir juga tidak pasti siasatan yang dibuat Ketua Bahagian Patologi Hospital Sungai Buloh itu.
"Saya menyoal beliau (Dr Shahidan) adakah siasatan yang dilakukan lengkap sepenuhnya tetapi beliau tidak mampu menjawab soalan yang ditanyakan membuat semua berasa was-was terhadap siasatan beliau.
"Saya inginkan kepastian terhadap siasatan yang dijalankan oleh beliau samada dia mempunyai maklumat yang lengkap. Saya akan menunggu keputusan untuk beliau memberi jawapan," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.
Gobind turut menyatakan rasa sangsi dengan siasatan yang dilakukan bagi bedah siasat pertama.
Ini kerana ia boleh menyebabkan mahkamah gagal mencapai keputusan yang adil dan terbaik berhubung kes inkues Teoh Beng Hock.
Dr Shahidan mengakui laporan bedah siasat pertama tidak mengikut protokol yang sah ketika menjalankan siasatan menyebabkan gagal mendapat keputusan lengkap.
Majistret Azmil Muntapha Abas menetapkan 10 Mac depan untuk meneruskan perbicaraan inkues Beng Hock.

suara-keadilan




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive