Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 04, 2009

Teoh Beng Hock :Kerajaan Akur Beri Kuasa Lebih Pada Suruhanjaya



Tekanan Rakyat Semakin Hebat, Kerajaan Akur Beri Kuasa Lebih Pada Suruhanjaya

Kerajaan terpaksa akur kepada desakan Pakatan Rakyat bahawa skop siasatan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk melihat kematian Setiausaha Politik Teoh Beng Hock adalah lemah.

Ekoran tekanan dari ahli keluarga mangsa dan orang-ramai, kerajaan bersetuju untuk memberi kuasa kepada suruhanjaya ini untuk turut meneliti punca kematian Beng Hock.

Suruhanjaya ini pada awalnya hanya dipertanggungjawabkan untuk meneliti teknik soal-siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan apakah hak asasi mangsa dicabuli sepanjang proses soal-siasat.

Mendiang dipanggil sebagai saksi dalam satu operasi besar-besaran SPRM terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Beliau mati dipercayai jatuh dari tingkat 14 ibupejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam Shah Alam, selepas disoal-siasat selama 10 jam tanpa henti.

Pakatan Rakyat berkata Beng Hock adalah mangsa keghairahan SPRM yang menjadi kuda tunggangan Umno-BN menjatuhkan kerajaan Selangor, ekoran tiada siasatan dibuat terhadap bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo.

Selain dari kes Beng Hock, orang-ramai turut tertanya apakah kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes-kes kematian dan penderaan dalam tahanan polis.

tva


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive