Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 02, 2009

PLAN JAMBATAN MANEK URAI TAK DIBAWA KE PMTG PASIR




Umno BN yang kian bersemangat waja dalam prk,telah menyenarai pendek 5 calon yang akan menghadapi kekalahan pada pilihanraya kecil Permatang Pasir nanti.Kalau di Manek Urai jika menang mereka nak bagi jambatan,tapi kali ini mereka tidak menjanjikan apa-apa pembangunan pulak.Mungkin umpan jambatan kat Manek Urai tak laku kot sebab tu dah taknak janji apa-apa pembangunan mee segera lagi.


Umno Senarai Pendek Lima Calon Di Permatang Pasir


BALING, 2 Ogos (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menyenarai pendek lima daripada 20 nama yang dikemukakan untuk dipilih bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, tidak lama lagi.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata beliau akan menyelidiki mereka terlebih dahulu sebelum nama calon yang sesuai dikemukakan kepada pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Ciri terpenting calon itu mesti diterima pengundi pelbagai kaum dan kepimpinan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Baling di sini, Ahad.

Terdapat kira-kira 25 peratus pengundi bukan Melayu di kawasan Permatang Pasir.

Kerusi DUN Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh kosong berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, akibat serangan jantung pada pagi Jumaat lepas.

"Kita tahu PAS mempunyai dua tokoh untuk dipilih yang akan diumumkan parti itu minggu depan tetapi BN pasti mencalonkan tokoh yang mampu menyaingi lawan."

"Saya menghormati Umno Permatang Pauh, Perhubungan Umno Negeri, BN Negeri, presiden serta timbalan presiden. Sebab itu pemilihan calon perlu melalui tapisan dan mendapat restu semua pihak," kata Ahmad Zahid.

Katanya Permatang Pasir bukan kubu kuat PAS dan BN mempunyai harapan untuk menang.

"Selaku Pengerusi Umno Pulau Pinang, saya tidak menjanjikan pembangunan tetapi jika BN menang calon kita akan sedaya upaya memenuhi kehendak pengundi Permatang Pasir."

-- BERNAMA




E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive