Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 24, 2009

Kedudukan Abdul Khalid Sebagai Menteri Besar Tidak Terjejas

Arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melunaskan hutangnya berjumlah RM66.67 juta kepada Bank Islam, tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Malah dakwaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan akhbar, bahawa Khalid telah menyalah guna kuasa, dianggap berniat jahat.

Tan Sri Khalid yang ditemui lewat petang semalam berkata, pinjaman tersebut dibuat bertujuan untuk membeli saham syarikat perladangan, Guthrie pada 2001.

Katanya, beliau sudah membuat saman balas dan sedia mengemukakan dokumen berkaitan untuk menghadapi kes berkenaan di mahkamah.

“Kalau ada perkara-perkara yang mereka dapati mereka lakukan jadi jangan mereka buat spekulasi, ini fitnah, dalam bulan yang mulia ini kita tak boleh buat fitnah, jadi kalau niat jahat tu jahat. Tapi saya telah menyatakan persediaan saya untuk mengadakan dirundingkan di mahkamah supaya kita mendapat kebenaran dan saya bersedia disoal siasat dan dibawa dokumen-dokumen yang saya ada, sama dengan dokumen-dokumen Bank Islam supaya kita tunjukkan”, katanya.

Khalid berkata kepada TV Selangor selepas menyerahkan sumbangan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Iman, Ijok malam tadi.

Beliau turut mengulas tindakan sesetengah pihak yang mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan menumpukan masalah hutangnya.

Kata Khalid, tuduhan Khairy itu sudah digembar-gemburkan sejak Pilihanraya Kecil Ijok pada 2007 lagi, dengan mendakwa Bank Islam mengalami kerugian berbillion ringgit berpunca daripada tindakan Abdul Khalid ketika itu.

“Jadi Khairy bersifat begitu maknanya dalam hatinya dia pun buat kelakuan macam itu. Saya ada bezanya dengan Khairy, kerana bezanya saya dah buat tugas-tugas ini, Khairy baru nak merancang membuat, jadi kalau budak muda nak cakap banyak tak boleh, tunjukkan bagaimana beliau memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Saya sudah bagi sumbangan, tapi kalau cakap hanya mengata orang tak boleh, jadi saya harap ini UMNO nie kena baik-baik cakap,” jelasnya. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN-SLGRKINI

tvselangor


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. salam...

    dua kali lima jugak kes hutang nie..
    jangan pikir hidung orang je yg kena,
    jaga-jagalah hidung sendiri...

    terimalah seadanya serangan berani mati
    dari pihak lawan...mulut susah nak ditutup
    kecuali ditekup...

    BalasPadam
  2. Bezanya tu dia pinjam sendiri dia kena bayar sendiri....
    Ada pemimpin tu yg dia pinjam utk kegunaan sendiri tapi bayar guna duit rakyat....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive