Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 25, 2009

Anwar Yakin Calon Pakatan Menang | Nizar News



Bercakap kepada media selepas membuang undi, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata beliau yakin calon Pakatan Rakyat akan meraih majoriti yang memberangsangkan.

"Saya gembira dengan gerak-kerja jentera kita. Mereka bekerja dengan cukup kuat. Saya yakin Salleh Man akan mendapat majoriti yang memuaskan," kata Anwar.

Anwar menambah petugas-petugas pilihanraya Pakatan Rakyat telah diarah untuk memantau pengundi-pengundi hantu.

Beliau berkata semua kenderaan dan bas keluar dan masuk dipantau petugas Pakatan Rakyat.

"Kita sedar akan strategi Umno dan kita telah mengarahkan petugas-petugas parti untuk memantau kenderaan dan bas mengangkut pengundi-pengundi hantu," kata Anwar lagi.

"Umno menggunakan propaganda seolah-olah kita yang membawa masuk pengundi hantu. Jentera mereka ini tidak ubah seperti sarkas," katanya.

Sementara itu, pertelingkahan antara penyokong Umno dan Pas tercetus di Sekolah Menengah Sama Gagah.

Kejadian berlaku apabila penyokong-penyokong Umno membawa sepanduk yang melakar Pas telah menghina Islam. itu.

Umno bertindak kasar apabila penyokong Pas cuba mengambil sepanduk itu.

Keadaan beransur tenang dengan campurtangan Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis.

tva


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. penyokong ameno membawa sepanduk..maka bermakna mereka sudah melanggar larangan spr

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive